Blogger Templates

Monday, October 1, 2012

PERTANDINGAN KOIR PATRIOTIK KML 2012


 
Pertandingan Koir Patriotik KML 2012 dan Mini Pameran Kraftangan Tradisional Sabah & Sarawak anjuran Unit Pendidikan Islam & Moral KML dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan (CoE ) Kebudayaan dan Kesenian Kolej Matrikulasi Labuan, telah diadakan pada 12.9.2012 bertempat di Dewan Mutiara KML.
Pertandingan ini melibatkan 10 pasukan bertanding yang terdiri daripada gabungan kelas-kelas tutoran pendidikan moral. Pertandingan yang bermula pada jam 8.00 malam dan berakhir pada 10.30 malam ini telah dimenangi oleh gabungan kelas CP4T18 & CP2T8 yang dipimpin oleh Brenda Stephanie Diah Ak Rupert. Naib johan pula disandang oleh kelas CP3T11 & CP3T14 pimpinan Cherril Mitchell Henry. Konduktor terbaik dimenangi oleh Micheal Brandon, manakala susunan muzik terbaik adalah dari kumpulan CP3T11 & CP3T14.
Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh En. Kamarudin Mansur, Timbalan Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan.
 
 
 

PERTANDINGAN NYANYIAN LAGU PATRIOTIK


 .Pertandingan nyanyian lagu patriotik anjuran Kelab Setia Kolej Vokasional Labuan telah diadakan pada 14 September 2012 bertempat di Dewan Kolej Vokasional Labuan.  Seramai 12 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengan sekitar Labuan, Kolej Vokasional Labuan dan Kolej Matrikulasi Labuan (KML)  telah bertanding dalam pertanding tersebut.  KML telah menghantar sebanyak 6 penyertaan dalam pertandingan tersebut.
Kesemua peserta yang bertanding telah berjaya memberikan persembahan terhebat masing-masing dan berkat kesungguhan mereka, johan pertandingan tersebut dan juga gelaran Persembahan Terbaik  telah berjaya dirangkul oleh peserta dari KML sendiri iaitu Saudara Fadzrul Hipni dari kumpulan tutoran CP3T12 yang mendendangkan lagu Bahtera Merdeka. Tempat kedua juga turut dimenangi oleh peserta dari KML iaitu Saudari Cherril Mitchell Henry (PDT3) yang membawa lagu Setia sementara tempat ketiga dimenangi oleh peserta dari SMK Labuan yang turut menyanyikan laguBahtera Merdeka dan tempat keempat kembali dirangkul oleh peserta dari KML iaitu Saudara Mohd. Shamrin bin Jasman (A1T16) yang membawa lagu Warisan.
Bagi peserta solo yang terakhir, Saudara Malcolm Aaron bin Vincent Buyun serta pasangan duet Joshua Joisin (CP3T15) & Nastassia Linus (A2T29) dan Tommy Jaimin (CP3T15) & Daisy Dinsi (BC3T11), masing-masing telah berjaya mendapat hadiah saguhati.


PAMERAN KEMERDEKAAN : PIHAK PERPUSTAKAAN KML





Bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan Negara pada 31 Ogos 2012, pihak Perpustakaan KML tidak ketinggalan untuk menyemarakkannya melalui Pameran Kemerdekaan yang telah berlangsung bermula pada 24 Ogos sehingga 30 September 2012. 
Pameran yang diadakan di ruang pameran perpustakaan melalui poster-poster bergambar serta teks sejarah. Info bahan pameran mempersembahkan imbasan sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan oleh tokoh-tokoh pejuang sehinggalah negara mencapai kemerdekaan. Turut diselitkan maklumat sejarah penubuhan Malaysia serta info berkaitan pencapaian negara yang menjadikan Malaysia terkenal di mata dunia.
Turut memeriahkan pameran ialah beberapa peraduan yang diadakan iaitu pertandingan mencipta pantun kemerdekaan, pertandingan slogan kemerdekaan dan tandatangan bertuah oleh para pengunjung.

SAMBUTAN MALAM MERDEKA RAYA KML






       Pada 30 ogos yang lalu, program Merdeka Raya telah berlansung dengan jayanya di bawah kelolaan Jawatan Perwakilan Pelajar (JPP) dengan kerjasama Pembimbing Rakan Dinamik (PRD) dan Center of Excellence (COE). Kedatangan Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan Encik Sawang @ Rizal bin Amit disambut dengan paluan kompang. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Muhammad Fakhrullah bin Mohd. Khairul Zahrin. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Yang di-Pertua JPP, Mohd. Fakhrudin Firdaus Razi dan ucapan perasmian oleh Pengarah Kolej, Tuan Sawang @ Rizal bin Amit.




 







  










Majlis Merdeka Raya tersebut dihangatkan lagi dengan aktiviti Bicara Tokoh dengan tiga tetamu jemputan . Mereka telah mengongsikan pengalaman kemerdekaan mereka kepada para hadirin. Persembahan menarik daripada para pelajar dan kakitangan Kolej Matrikulasi Labuan turut menyerikan lagi majlis pada malam tersebut. Sesi soal jawab juga turut diadakan dan para pemenang pula menerima duit raya sebagai hadiah.









   
    Tepat pada jam 11.45 malam, pasukan kawad kaki yang akan mewakili Kolej Matrikulasi Labuan ke KAKOM 2012 berarak masuk ke dalam dewan dengan membawa bendera Malaysia dan telah diserahkan kepada Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan oleh ketua pasukan kawad kaki tersebut, Muhd. Hazwan Khan.









     Acara kemuncak majlis ialah ‘countdown’ iaitu kiraan detik 60 saat sebelum jam 12 tengah malam disertai dengan laungan merdeka sebanyak 7 kali yang diketuai oleh Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan sendiri iaitu Encik Sawang @ Rizal Amit.

KEADAAN KAWASAN KOLEJ




MENARA  PENTADBIRAN KML



PERPUSTAKAAN KOLEJ MATRIKULASI LABUAN

LALUAN MENUJU KE DEWAN KULIAH, KELAS TUTORIAL DAN MAKMAL

PADANG KAWAD
KAFE PELAJAR PEREMPUAN

  PANDANGAN DARI TEPI BILIK 


 PANDANGAN DARI TEPI BILIK


MEJA BELAJAR





MODUL YANG DITAWARKAN

MODUL YANG DITAWARKAN
 
    Modul yang ditawarkan oleh pihak Kolej Matrikulasi Labuan kepada pelajar ialah :

  • Modul 1 - Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik
  • Modul 2 - Fizik, Kimia dan Sains Komputer
  • Modul 3 - Biologi, Kimia dan Sains Komputer
  • Akaun
 
    Pelajar juga akan melalui Malaysian University English Test (MUET) yang merupakan subjek bahasa Inggeris tapi subjek ini berbeza dengan apa yang dipelajari semasa di menengah rendah. Subjek ini penting lerana ia menentukan nasib pelajar untuk mendapat tempat di universiti.

CORETAN KAMI


CORETAN KAMI

     Pengalaman sebagai seorang pelajar baru di kolej sangat menyeronokkan. Misalnya, masa minggu MPPB perkataan, yang kami akan selalu dengar ialah COMPRESS . Disebabkan jumlah pelajar yang terlalu ramai, kami terpaksa berhimpit-himpit dan menahan kesesakan di dalam dewan. Setiap pagi,pelajar perlu bangun seawal 4.00 pagi untuk mengelakkan kesesakan untuk mandi. Pelajar Muslim akan bergerak ke surau dan yang non-muslim akan pergi ke dewan . 
    Banyak aktiviti telah diadakan selama seminggu termasuklah perlawanan bola sepak antara pensyarah dan pelajar, pencarian atlet-atlet sukan untuk mewakili kolej dan banyak lagi. Walaupun kami rasakan penat yang teramat sangat tapi banyak pengetahuan yang kami dapat daripada setiap aktiviti yang dibuat.

    MINGGU MPPB

    PANDANGAN HADAPAN DEWAN MUTIARA(DEWAN BESAR) KML...
    MINGGU  MPPB(Minggu Pengurusan Pelajar Baru)
     
       Pada 21 Mei 2o12 ,seramai 2775 orang pelajar dari seluruh Sabah dan Sarawak telah mendaftar di Kolej Matrikulasi Labuan. Jumlah pelajar pada tahun itu merupakan yang terbanyak sekali semenjak kolej itu ditubuhkan. Seawal 7.30 pagi lagi, ibu bapa bersama dengan anak mereka telah tiba di kolej. Proses pendaftaran pelajar baru bermula pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang.
        Selama seminggu , pelajar - pelajar kolej yang baru mendaftar diberi pengetahuan tentang kehidupan sebagai seorang pelajar kolej oleh seluruh staf KML. Mereka juga dijaga dengan baik oleh kakak dan abang fasilitator..