Blogger Templates

Monday, October 1, 2012

SAMBUTAN MALAM MERDEKA RAYA KML






       Pada 30 ogos yang lalu, program Merdeka Raya telah berlansung dengan jayanya di bawah kelolaan Jawatan Perwakilan Pelajar (JPP) dengan kerjasama Pembimbing Rakan Dinamik (PRD) dan Center of Excellence (COE). Kedatangan Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan Encik Sawang @ Rizal bin Amit disambut dengan paluan kompang. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Muhammad Fakhrullah bin Mohd. Khairul Zahrin. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Yang di-Pertua JPP, Mohd. Fakhrudin Firdaus Razi dan ucapan perasmian oleh Pengarah Kolej, Tuan Sawang @ Rizal bin Amit.




 







  










Majlis Merdeka Raya tersebut dihangatkan lagi dengan aktiviti Bicara Tokoh dengan tiga tetamu jemputan . Mereka telah mengongsikan pengalaman kemerdekaan mereka kepada para hadirin. Persembahan menarik daripada para pelajar dan kakitangan Kolej Matrikulasi Labuan turut menyerikan lagi majlis pada malam tersebut. Sesi soal jawab juga turut diadakan dan para pemenang pula menerima duit raya sebagai hadiah.









   
    Tepat pada jam 11.45 malam, pasukan kawad kaki yang akan mewakili Kolej Matrikulasi Labuan ke KAKOM 2012 berarak masuk ke dalam dewan dengan membawa bendera Malaysia dan telah diserahkan kepada Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan oleh ketua pasukan kawad kaki tersebut, Muhd. Hazwan Khan.









     Acara kemuncak majlis ialah ‘countdown’ iaitu kiraan detik 60 saat sebelum jam 12 tengah malam disertai dengan laungan merdeka sebanyak 7 kali yang diketuai oleh Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan sendiri iaitu Encik Sawang @ Rizal Amit.

No comments:

Post a Comment